Home Dunia New Zealand bakal buka semula sempadan pada bulan hadapan

New Zealand bakal buka semula sempadan pada bulan hadapan

Jacinda Ardern. foto the Guardian

WELLINGTON – New Zealand membuka sempadannya kepada warga Australia tanpa perlu dikuarantin atau diisolasi mulai 13 April, umum Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Mulai 2 Mei, pelancong yang telah divaksin sepenuhnya dari kira-kira 60 negara dalam pengecualian visa (visa-waiver list) seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Jepun, Singapura, Malaysia, dan banyak lagi akan dibenarkan memasuki negara tersebut.

Namun mereka yang bakal memasuki negara itu perlu menjalani ujian pra-berlepas dan keputusan ujian tersebut perlu negatif.

Buat masa sekarang, hanya warga New Zealand sahaja yang dibenarkan masuk dan keluar negara tersebut.

“Kami bersedia mengalu-alukan warga dunia untuk kembali ke sini dengan tangan terbuka”

“Penutupan sempadan adalah salah satu tindakan pertama untuk mengekang penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu, dan pembukaan semula sempadan ini akan dapat merangsang pemulihan ekonomi” kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Kini menjelang dua tahun, Ardern memutuskan pada 2020 untuk menutup sempadan New Zealand, sejurus wabak pertama kes Covid-19 di negara itu muncul. – MalaysiaGazette

Senarai negara-negara pengecualian visa: (https://www.immigration.govt.nz/new-zealand-visas/apply-for-a-visa/tools-and-information/general-information/visa-waiver-countries)

Sumber: (https://www.bbc.com/news/world-asia-60760435)