Home Ekonomi Permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April ini

Permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April ini

Permohonan pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.

KUALA LUMPUR – Permohonan pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.

KWSP dalam kenyataan infografiknya menjelaskan permohonan itu berkata, tempoh diberikan sebulan sehingga 30 April depan.

Selain itu, ia terbuka kepada ahli KWSP di bawah 55 tahun dan pembayaran akan dibuat bermula 20 April ini.

Amaun pengeluaran minimun pula sebanyak RM50 sehingga RM10, 000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 ahli.

“Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses,” kata kenyataan yang sama.

BACA: Butiran pengeluaran khas RM10,000 akan diumum – Zafrul

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP sehingga RM10, 000 bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Sebelum itu, banyak ramai pihak termasuk parti politik mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan setuju pengeluaran khas KWSP RM10,000