MGNews : Pas Lebih Rela Peluk Katak, Mandi Kolam Penuh Jengking – Zahida

Pas dianggap sebagai sebuah parti yang lebih rela ‘memeluk katak dan mandi di kolam yang penuh kala jengking’ berbanding bersama-sama membentuk Muafakat Nasional (MN).

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini pun, Pas dilihat sudah membuat pilihan mereka.