Home Utama Pemuda cadang pinda perlembagaan, pemilihan parti dibuat selepas setiap kali PRU

Pemuda cadang pinda perlembagaan, pemilihan parti dibuat selepas setiap kali PRU

The UMNO Youth Chief, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki speaks during the UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MARCH 2022 party election general GE
The UMNO Youth Chief, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki speaks during the UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MARCH 2022. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan mengusulkan kepada pimpinan parti agar pindaan perlembagaan supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

Perlembagaan itu boleh dipinda berikutan ianya telah dilakukan oleh MCA sebelum ini.

Menurut Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, cadangan itu perlu bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-peranda, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti.

“Rakan komponen kita, MCA sudah buat pindaan perlembagaan partinya, yang mana pemilihan hanya selepas setiap kali PRU,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan ahli sayap itu jangan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu memaksa disegerakan pemilihan parti.

Katanya, jika ada pemilihan sebelum pilihan raya, berapa ramai kepimpinan Pemuda yang akan bertukar ganti disebabkan batasan umur yang tidak mengizinkan lagi.

“Dengan masa yang pendek, apakah kita mampu membentuk semula barisan baru yang berpengalaman dan kuat untuk menghadapi peperangan?

“Usah hanyut dalam gelora pemilihan parti! Mula kembali budaya bobrok lama membawa rombongan ke sana sini, menyusun jentera, membuat pelbagai gerakan untuk mencatur dan menjatuhkan sesama sendiri.

“Ingatlah, jika bahtera kita karam buat kali kedua, jawatan parti pun sudah tidak bernilai lagi,” katanya.

Dr. Asyraf menyeru kepada barisan Pemuda agar bersedia dari sekarang kerana gendang perang bakal berbunyi.

Katanya, medan juang akan ditempuhi sayap parti itu tidak lama lagi dan bersedialah untuk bermandi keringat, mengerah sepenuh tenaga tanpa alasan atau menurut hawa perasaan.

Beliau berkata, PRU akan datang lebih besar gelora dan cabarannya, malah fitnah lama disertakan dengan tohmahan baru akan dimaikan oleh pihak lawan habis-habisan. – MalaysiaGazette