KUALA LUMPUR – UMNO setakat ini belum membincangkan masa yang sesuai untuk mengadakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengesahkan tidak menerima apa-apa cadangan secara rasmi atau peribadi berkenaan tarikh pilihan raya.
“Belum ada diusulkan kepada saya. Belum lagi, hari ini saya tidak tahulah. Hari ini punya sayap setakat ini tidak ada lagi.
“(Cadangan secara peribadi) Tidak ada. Malam ini kita ada mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT). Usul sayap akan dibincangkan malam ini, kita tengoklah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Kelab Naib Ketua Bahagian UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Putra hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan mengenai tarikh pilihan raya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terlebih dahulu.
“Ini semua perlu diibincangkan dengan YDPA. Kita tetapkan tarikh kita sendiri nanti YDPA kata kita ambil alih kuasa baginda. Kita tunggu,” katanya.– MalaysiaGazette