KUALA LUMPUR – Ahli-ahli parti UMNO diingatkan supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, suka atau tidak PRU-15 tetap akan diadakan dan ia menjadi tradisi parti tersebut untuk membuat persiapan pada pusingan terakhir.
Beliau berkata, ahli-ahli parti mesti menyerap nasihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang menekankan aspek segi integriti parti untuk mengembalikan kepercayaan rakyat,
“UMNO merupakan sebuah parti besar, yang bersifat sederhana dengan dasar-dasar pembangunan negara maka apa yang Tok Mat katakan ahli harus mencerahkan balik parti ini dari segi susur galur perjuangan UMNO untuk Malaysia, secara keseuluruhannya sebagai satu agenda bersama untuk masa depan bersama” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette malam tadi.
Ketua Bahagian UMNO Lumut turut bersetuju dengan kenyataan Tok Mat tentang the right time to attack dalam suasana politik sekarang bagi memastikan kedudukan UMNO cemerlang dalam setiap pertandingan PRU. – MalaysiaGazette