Home Seni Hidup 42 anak yatim terima sumbangan YKM

42 anak yatim terima sumbangan YKM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan replika cek kepada penerima anak-anak Keluarga Malaysia ketika hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia di usat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 42 anak-anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada Yayasan Keluarga Malaysia.

Mereka yang menerima sumbangan antaranya insan yang kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bantuan secara one-off daripada YKM diberikan demi membantu dan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik.

Sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, katanya.

“Anak yatim piatu, yatim yang mana ibu bapa mereka meninggal akibat Covid-19 kerajaan melalui YKM akan membantu mereka secara one-off atau pengajian,”katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Kesemua 42 penerima sumbangan YKM pada hari ini menerima wang tunai RM1, 000 hingga RM1,500.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.-MalaysiaGazette