Home Politik Akar umbi, penyokong UMNO ‘berkampung’ di WTC

Akar umbi, penyokong UMNO ‘berkampung’ di WTC

Antara pewakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) mendengar ucapan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh pemimpin, ahli akar umbi dan juga penyokong parti itu.

Mereka yang datang dari seluruh pelosok tanah air ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Tujuannya untuk mengikuti secara dekat ketua-ketua sayap parti yang bersidang sehari sebelum itu dan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Mereka juga mahu mendengar perbahasan dan ucapan perwakilan bagi menaikkan semangat perjuangan dalam parti.

Walaupun PAU 2021 yang bermula Rabu lalu berlangsung dengan SOP ketat, mereka tetap datang sejauh Perlis dan Johor semata-mata untuk mendengar intipati semangat juang kepimpinan UMNO.

Antara pewakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) mendengar ucapan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 MAC 2022.

Tinjauan MalaysiaGazette, lebih 1,000 dari kalangan bukan perwakilan memenuhi setiap ruang lobi bangunan WTC yang menempatkan satu skrin raksasa untuk mereka ikuti Ucapan Dasar Presiden.

Tidak kira wanita, anak muda, malah yang berusia dengan memakai pelitup muka tekun mendengar ucapan daripada Ahmad Zahid – antara pemimpin UMNO yang menjadi sasaran serangan pihak lawan sejak Barisan Nasional (BN) tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Difahamkan, ada antara mereka datang dari Pantai Timur dan selatan tanah air sejak semalam dengan membiayai sendiri kos pengangkutan untuk sampai ke WTC yang terletak di pusat bandar raya ibu kota Kuala Lumpur.

Antara perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) mendengar ucapan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 MAC 2022.

Namun dalam kemeriahan PAU kali ini masih ada kekurangan, iaitu gerai jualan makanan, minuman, pakaian dan barangan keperluan, yang selama ini menyerikan sepanjang empat hari perhimpunan berlangsung.

Sungguhpun begitu, ia digantikan dengan pameran dari jabatan dan agensi kerajaan serta korporat, yang menghidupkan suasana perhimpunan.

Anggota Rela dan Skuad Sabil ditempatkan di setiap pintu keluar masuk ke bangunan WTC untuk mengawal serta memastikan setiap orang mengimbas aplikasi MySejahtera masing-masing sebagai langkah keselamatan.

Antara pewakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) mendengar ucapan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 MAC 2022.

PAU 2021 berlangsung selama empat hari dari 16 hingga 19 Mac ini dengan menyaksikan lebih 5,700 perwakilan dari 191 UMNO Bahagian seluruh negara hadir mengikuti persidangan masing-masing.

Hari kemuncak PAU hari ini dimulakan dengan menaikkan bendera UMNO-Sang Sangka Bangsa, diikuti pembetangan minit mesyuarat oleh Pengerusi Tetap dan Ucapan Dasar Presiden oleh Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette