Home Nasional Majistret dihukum penjara 29 tahun, denda RM1.5 juta

Majistret dihukum penjara 29 tahun, denda RM1.5 juta

Mohamad Amin Shahul Hamid dihadapkan ke Mahkamah Seksyen 2 Kuantan hari ini

KUANTAN – Seorang Majistret Raub dijatuhi hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta setelah didapati bersalah atas enam pertuduhan di Mahkamah Seksyen 2 Kuantan hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman sejurus pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Mohamad Amin Shahul Hamid, 41 tahun, pernah berkhidmat di mahkamah di Lipis dan Raub didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basri yang didakwa memiliki rokok seludup semasa kes itu didengar di hadapan tertuduh.

Pemdakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Siti Sarah Zainal Abiddin.

Prosiding selama satu jam menetapkan kesemua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak menjadikan tempoh 12 tahun penjara serta boleh dihukum penjara 72 bulan jika gagal membayar denda.

Mohamad Amin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguambelanya, S. Meharaj   untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memutuskan rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari oleh tertuduh dan jaminan dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000.

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat khas kepada tertuduh dengan penyerahan pasport antarabangsa serta perlu menghadirkan diri minggu pertama setiap bulan ke pejabat SPRM sehingga kes selesai. – MalaysiaGazette