KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta memberi fokus untuk menjaga pentadbiran dan kestabilan negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengurusan parti biar beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudinya.
“Datuk Seri Ismail Sabri jaga negara elok-elok dan kami beri dokongan kepada beliau.
“Saya dan Mohamad Hasan akan jaga parti kerana parti dan kerajaan harus seiring jalan,” kata Ahmad Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Kenyataan Ahmad Zahid itu menerima tepukan daripada ahli perwakilan termasuk Ismail Sabri yang juga berada di pentas sebagai salah seorang Naib Presiden.- MalaysiaGazette
ZAHID MUNAFIK berteriak nak jaga parti….rakyat JOHOR YANG menyokong UmNOngok RASA nikmat KENCING HANCING ZAHID dan MT2 SEKUTUNYA bila menipu lantik HASNI JADI MB