Home Nasional Gagal bayar nafkah, akaun bekas suami kena beku – PM

Gagal bayar nafkah, akaun bekas suami kena beku – PM

Para perwakilan bersorak selepas mendengar ucapan penggulungan dari Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Akaun bekas suami yang gagal membayar nafkah akan dibekukan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujar beliau, tindakan itu dibuat demi memastikan nasib wanita mendapat pembelaan yang sepatutnya.

“Apabila kes mahkamah dimenangi oleh wanita dalam tuntutan nafkah, sukar untuk mendapatkan suami membayar nafkah. Mereka ingkar perintah mahkamah.

“Dengan keputusan bagi menjaga kepentingan wanita, kita telah membuat keputusan, bank-bank suami akan dibekukan, akaun mereka akan dibekukan,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkenaan berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 hari ini.

Pengumuman tersebut ternyata mendapat sambutan dalam kalangan para perwakilan UMNO di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) apabila Ismail Sabri menerima sorakan hebat.

Mengulas lanjut Perdana Menteri menambah, bank akan diarahkan secara terus (automatik) menolak wang daripada akaun bekas suami dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

“Apabila kita bekukan, jika sudah pun mendapat perintah mahkamah, sebagai cotoh bayaran ditetapkan RM1,000 sebulan, ktia akan mengarahkan bank supaya bank membayar terus kepasa isteri yang  mendapat perintah mahkamah tesebut,” katanya lagi.- MalaysiaGazette