![69DA4A2F-3F37-4DA9-A8F4-3764AA6CC69C](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2022/03/69DA4A2F-3F37-4DA9-A8F4-3764AA6CC69C-640x399.jpeg)
GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang komited menyokong Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DAKEN) dalam memastikan sektor berkaitan kembali menjana semula ekonomi negeri dalam pasca pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, ia sejajar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
“Kita akan memberi sokongan terhadap dasar DAKEN agar ia terus disemarakkan melalui program-program kebudayaan.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2022/03/865190F6-E92F-4726-BA59-9E1188791B69.jpeg)
“Selain itu, kita juga mahu budaya dan warisan kaum-kaum yang terdapat di negeri ini terus terpelihara dan lestari pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jerayawara DAKEN Peringkat negeri yang dianjurkan serentak dengan acara Pemerkasaan Badan Bukan Kerajaan (BBK) 2022 di Hotel Cititel di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya berharap DAKEN diangkat serta mendapat sokongan daripada semua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dasar kebudayaan negara julang usaha martabat seni, budaya dan warisan
Pada 26 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam merencana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara.
Beliau berkata, inisiatif menggubal DAKEN 2021 juga seiring dengan usaha menjadikan sektor seni, budaya dan warisan negara sebagai pemangkin sosioekonomi Keluarga Malaysia. – MalaysiaGazette