KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta ditahan kerana menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB di Pantai Baharu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd Salleh berkata, kejadian itu dikesan menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook semalam, lebih kurang jam 2.41 petang.
Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta Honda Civic berwarna putih.
”Bertindak di atas aduan, pada 18 Mac 2022jam lebih kurang 6.30 petang pemandu motokar telah dapat dikesan dan tangkapan dibuat terhadap seorang lelaki berumur 30 tahun apabila di mintahadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur,” katanya.
Kes diklsifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette