Home Nasional Kementerian Sumber Manusia akan umum perincian mekanisme pelaksanaan gaji minimum – Saravanan

Kementerian Sumber Manusia akan umum perincian mekanisme pelaksanaan gaji minimum – Saravanan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengumumkan perincian mengenai mekanisme serta pelaksanaan kadar gaji minimum baharu yang bakal dilaksanakan mulai 1 Mei ini

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pekerja.

“Langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Semalam, pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, Ismail Sabri yang mengumumkan pelaksanaan gaji minimum minimum baharu sebanyak RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini berkata, ia akan membantu golongan kurang berkemampuan khususnya B40.

Menurut Presiden UMNO itu, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan melaksanakan kajian impak secara terperinci. – MalaysiaGazette