Home Nasional Pemuda lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Macau

Pemuda lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Macau

Mayat pemuda berusia 26 tahun yang lemas ketika mandi di Air Terjun Lata di Hulu Selangor ditemui pasukan penyelamat bomba Selangor. Foto: Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang pemuda yang berkelah sambil mandi-manda bersama bebera rakan rapatnya di Air Terjun Lata Macau, Hulu Selangor berakhir dengan tragedi apabila ditemui lemas, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba Negeri Selangor, Noor Azam Khamis berkata, bilik gerakan operasi menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa lemas sekitar jam 10.59 pagi.

Bertindak atas panggilan itu, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Bukit Sentosa dengan kekuatan lapan anggota penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian, ujarnya

“Hasil pemerhatian di lokasi mendapati seorang pemuda tempatan berusia 26 tahun dikhuatiri lemas semasa menghabiskan cuti hujung minggu ketika bermandi manda bersama tiga lagi rakannya.

“Pasukan penyelamat pertama tiba ke lokasi kejadian di air terjun jam 3 petang manakala pasukan penyelamat kedua terdiri daripada lima lagi anggota tiga jam 5 petang dan misi mencari mangsa dipergiatkan di air terjun itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Air Terjun Lata Macau terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kampung Orang Asli Pertak di kawasan daerah Hulu Selangor.

Tambah beliau, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa lemas ditemui di dasar sungai, kira-kira pada jarak 50 meter dari tempat lemas pada jam 5.09 petang.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke hospital berhampiran untuik proses bedah siasat. – MalaysiaGazette