Home Politik Lim Kit Siang ada atau tidak, kerusi DAP tetap berkurangan – Noh

Lim Kit Siang ada atau tidak, kerusi DAP tetap berkurangan – Noh

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia di Shah Alam Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 21 MAC 2022.

SHAH ALAM – Keputusan veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya daripada politik tanahair tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti cauvanis itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pengaruh pemimpin pramerdeka itu tidak lagi dirasai memandangkan jumlah kerusi mereka semakin susut dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

“Tak ada apa-apa kelebihan, Lim Kit Siang ada kaa, Lim Kit Siang tak ada pun, dalam tiga PRN, Melaka, Sarawak dan Johor kerusi DAP makin berkurangan,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Semalam, Kit Siang mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 akan datang bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang, 81, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri juga tidak akan bertanding dalam pemilihan DAP kali ini.  – MalaysiaGazette