KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat Covid-19 bertambah sebanyak 63 lagi semalam.
Daripada jumlah itu, 21 kes adalah kematian di luar hospital.
Pertambahan ini menjadikan kes kematian meningkat kepada 34,463.
Kes kematian tertinggi berlaku di Johor (14), Selangor (13), Perak (12) dan Kedah (4).
Masing-masing tiga kes dilaporkan di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Sabah dan Terengganu masing-masing dua kes dan satu kes di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Labuan.
Sebanyak 17,828 kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh yang sama dengan 17,421 kes tempatan dan 407 kes import.
Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini mencecah 4,010,952.
Kes aktif yang dilaporkan sehingga lewat malam tadi sebanyak 263,821.
Daripada jumlah itu 6,883 dirawat di hospital termasuk 358 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sebanyak 199 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette