KUALA LUMPUR – Rezeki terus menjadi milik penyanyi, Aina Abdul apabila kontraknya sebagai wajah pilihan bersama bersama TRULOOKS Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) iaitu pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Truskin dan juga produk kosmetik diteruskan buat tahun ketiga.
Menerusi sambungan kerjasama itu akan membolehkan wajah penyanyi tersebut kini terpampang di papan iklan besar di beberapa lokasi utama termasuk di lebuh raya di Malaysia.
Aina, 28, meluahkan rasa syukur kerana pernah berdepan masalah kulit muka di zaman remaja namun kini mendapat peluang menjadi wajah pilihan produk kecantikan.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tidak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar di seluruh negara.
“Masalah kulit wajah saya semakin dapat di atasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya selepas penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award 2022 di sini kelmarin.
Turut hadir, Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd. Bari.
Apa yang mengejutkan, Trulooks berjaya menjual pek produk terbaharunya, Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 50,000 set dalam masa lima minit sahaja apabila menerima tempahan daripada para pengedarnya yang hadir pada majlis itu.
Sementara itu, Julia berkata, pek produk edisi terhad itu sememangnya dinantikan oleh para pengedarnya yang kini telah mencecah lebih daripada 2,000 orang di seluruh negara kerana harganya yang cukup istimewa iaitu RM90 sahaja.
Pek yang terdiri daripada micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.
“Kami mengeluarkan pek Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 150,000 unit yang terdiri daripada 50,000 set, jualan yang diterima sangat menggalakkan kerana ramai pengedar memang menantikan tawaran hebat ini kerana ia tawaran tersebut tidak akan diulang lagi pada masa depan,” katanya.
Mengulas lanjut, Julia menjelaskan, ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan yang diancam pandemik Covid-19, pertumbuhan jualan syarikat telah mencecah sebanyak 600 peratus.
Ini jelas belia, tumpuan masyarakat terhadap pembelian secara atas talian yang meledak tinggi dan juga komitmen pengedarnya yang begitu aktif mempromosi serta menjual produk Truskin.
“Kami mengunjurkan jumlah pengedar juga akan bertambah kepada 5,000 orang pada tahun ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette