
KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$115.2 bilion pada 15 Mac 2022 berbanding AS$115.8 bilion pada 28 Februari 2022.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette