Home Seni Hidup Zul Ariffin conteng arang pada industri seni – Awie

Zul Ariffin conteng arang pada industri seni – Awie

Awie

MELAKA – Tindakan pelakon Zul Ariffin memuat naik klip video babak ‘panas’ dalam sebuah drama baru-baru di laman sosial baru-baru ini disifatkan ‘menconteng arang’ kepada industri seni negara.

Penyanyi dan juga pelakon, Datuk Awie berkata, perkongsian video membabitkan pelakon lelaki itu dengan seorang pelakon baru, Siti Hariesa tidak sewajarnya berlaku.

“Pada saya, dia (Zul Ariffin) dah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam khususnya di Malaysia kerana kita industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.

“Benda itu (babak ranjang) tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah…benda boleh tolak tapi dia memilih sedap, jadi dia kena terimalah benda (hukuman) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di Lacrista Hotel di sini hari ini.

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana hantaran di YouTube yang menyalahi undang undang

Beliau juga memaklumkan adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon itu tidak akan dibenar ditayangkan sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.

Pelakon itu yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar sebelum ini memuat naik video teaser drama bersiri Perempuan Itu di Instagram yang dianggap keterlaluan sehingga dikecam netizen.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak sebelum beliau membuat permohonan maaf semalam.

Mengulas lanjut Awie berkata, lakonan babak tersebut bagaimanapun masih boleh dielak bergantung kehendak seseorang pengarah ataupun pelakon.

“Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber dan bagus, ini antara mereka mahu memasukkan unsur-unsur Islamik atau tidak dalam lakonan mereka.

“Kalau tidak, maka dia nak go (jadi) profesional dan go profesional ini hukumnya tiada, dia akan all out (tiada batas) tapi kalau dia masukkan sudut Islamik ini maka ada hukum- hukum tertentu mereka perlu ikut.

“Pada pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu ranjang, tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

K-KOMM siasat isu adegan panas, Zul Ariffin mohon maaf