Home Nasional JAKIM sedang perhalusi SOP program agama menjelang Ramadan

JAKIM sedang perhalusi SOP program agama menjelang Ramadan

Sirajuddin Suhaimee

GEORGE TOWN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memperhalusi beberapa prosedur operasi standard (SOP) mengenai program-program agama di masjid serta surau menjelang Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, perincian SOP itu diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan ia dilaksanakan di semua masjid serta surau setiap negeri.

Jelas beliau, antara perician yang dikemukan kepada MKN membabitkan program Qiyamullai serta tazkirah sepanjang bulan Ramadan.

“Pengumuman dibuat Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini ia adalah SOP asas yang diputuskan diperingkat Majlis Keselamatan Negara cuma kita akan perhalusi lagi SOP tersebut.

“Kita akan panjangkan SOP yang lebih details membabitkan program-program sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri bagi pelaksanaannya di peringkat negeri,” katanya.

Ahmad Zakiyuddin merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang di Hotel City Bayview, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang di Hotel City Bayview, Lebuh Farquhar di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai jumlah solat sunat tarawih yang dibenarkan, Sirajuddin berkata, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat itu 20 rakaat di seluruh masjid dan surau setiap negeri.

“Namun bilangan lapan rakaat dibenarkan dengan kelulusan pihak berkuasa agama negeri,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, umat Islam di negara ini berkemungkinan akan digalakkan untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah dengan bilangan hanya lapan rakaat berbanding 20 rakaat.

Perkara itu antara prosedur operasi standard dibayangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ekoran kekhuatiran penularan varian Omicron melibatkan jemaah ketika ini.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, perkara itu masih lagi tertakluk kepada ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette