Home Politik Pemimpin DAP Johor gesa Guan Eng lepas jawatan

Pemimpin DAP Johor gesa Guan Eng lepas jawatan

Lim Guan Eng corruption trial Consortium Zenith Construction Penang undersea tunnel
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin DAP meminta, Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai pengerusi parti berikutan dakwaan rasuah yang sedang beliau hadapi.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau berkata, Mentor parti itu, Lim Kit Siang menasihatkan Guan Eng berbuat demikian bagi mengelakkan nilai parti dipertikaikan kerana ia merupakan isu peribadi.

“Kita tidak boleh membiarkan kredibiliti parti runtuh berikutan kesalahan-kesalahan yang dilakukan beberapa pemimpin. Saya dengan rendah diri percaya DAP bekerja keras untuk menjadi parti politik berkelas dunia sebelum kita boleh merealisasikan Malaysia berkelas dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sebarang pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah dan jenayah tidak sepatutnya menduduki pejabat awam sehingga mahkamah membebaskan mereka daripada tuduhan tersebut.

Malah katanya, sebarang pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah dan skandal perlu mengambil inisiatif untuk mengundurkan diri daripada menduduki pejabat awam bagi mengelak menghantar isyarat yang salah mengenai nilai parti kepada masyarakat selain memberi kesan terhadap pendirian parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sebarang pemimpin yang terkesan dengan pertuduhan rasuah dan skandal perlu meletak jawatan untuk parti yang disayangi daripada menggunakan retorik ‘pendakwaan politik’ untuk mendapat simpati masyarakat,’ ujarnya.

Menurut Cheng Hau, di Singapura parti pembangkang, Workers Party dan parti pemerintah, PAP akan mengambil langkah dan tindakan konsisten ke atas ahli serta pemimpin merejka yang berhadapan dengan pertuduhan atau dikaitkan dengan skandal, sama ada meletakkan jawatan atau dipecat.

Ia akan mewujudkan sempadan yang jelas antara individu yang bertanggungjawab ke atas tindakannya dan pendirian parti serta pendirian terhadap isu, jelasnya.

Sementara itu Cheng Hau berkata, mengikut prinsip undang-undang, Pengerusi DAP itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Katanya, jika terbukti tidak bersalah, Guan Eng perlu dialu-alukan kembali memegang jawatan yang dipegangnya itu dan membantu parti memenagi kredibiliti dan keyakinan masyarakat.

Cheng Hau percaya Guan Eng merupakan pemimpin yang berkeupayaan dan mampu bangkit pada bila-bila masa jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

“Contoh terbaik pemimpin yang berkeupayaan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan kembali pada 2018 pada usia 93 tahun,” katanya.

Katanya, beliau berpendapat Guan Eng perlu meletakkan jawatan dan membiarkan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang baharu bebas daripada bebanan dalam usaha membawa parti ke hadapan, mendapat semula keyakinan masyarakat dan berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi PRU15. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalau Guan eng kena letak jawatan Anwar pun apa kurangnya? . Sama2 lah letak jawatan masing2 biar orang bersih tulus sahaja jadi pemimpin .

  2. Lim Guan Eng ketua kongsi gelap mana boleh letak jawatan..Saksi terowong pun dia buat macam jatuh bangunan atau kemungkinan ada unsur2 jenayah itu sebab Sosma mereka tolak awal2.
    Ini kerana dalam Dap memang ada penjenayah , kan masa tommy tomato banyak kes kena buang sbb tommy tomato kena gertak.
    Mereka ini lah geng 7-Naga yg diperkatakan sebab tak boleh disentuh.

Comments are closed.