Home Nasional Kadar Zakat Fitrah Pahang kekal RM7

Kadar Zakat Fitrah Pahang kekal RM7

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain

PEKAN –  Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini kekal seperti tahun lepas, iaitu sebanyak RM7 dan menggalakkan pembayar menunaikannya melalui atas talian.

Kadar tersebut mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, pembayaran boleh dibuat menerusi secara bersemuka ataupun atas talian ezakat.muip.gov.my dan aplikasi PahangGo.

Tambah beliau, kaedah bayaran melalui amil di masjid dan lokasi setempat adalah dibenarkan dan ia perlu mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Memahami keutamaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan fasa peralihan ke endemik Covid-19 mulai 1 April ini, kaedah bayaran melalui amil zakat fitrah adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan bagi kutipan zakat fitrah di negeri ini.

“Akad diadakatan tanpa bersentuhan dan pihak MUIP juga menyediakan garis panduan kepada amil dan penunai zakat,” katanya.

Berliau berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Pahang di Kompleks Islam Sultan haji Ahmad Shah, Pekan hari ini.

Justeru berlia berharap semua umat islam di dalam negeri ini boleh menunaikan bayaran zakat fitrah mereka bermula dari awal ramadhan dan selewat lewatnya sebelum solat sunat hari raya aidilfitri.

“Umat Islam di negeri ini dinasihatkan membayar zakat hanya kepada amil yang telah ditauliahkan.

“Seramai 930 amil ditauliahkan ditempatkan di kaunter kutipan zakat dalam masjid dan tempat besesuaian bermula selepas Subuh sehingga 10.30 malam,” jelas Hairi.

Dalam pada itu,  pihak MUIP juga akan mengagihkan sumbangan kepada masjid di Pahang berjumlah RM 4,204,000 melibatkan sebanyak 676 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat.

Jumlah tersebut termasuk sumbangan kepada tiga buah masjid IPTA negeri Pahang iaitu Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – MalaysiaGazette