MOSCOW – Kos sara hidup di Rusia melonjak berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.
Data rasmi menunjukkan harga beberapa makanan ruji isi rumah seperti gula melonjak sebanyak 14% sepanjang minggu lalu.
Inflasi dijangka terus meningkat di Rusia ketika matawang ruble semakin lemah sejak serangan Ukraine dilancarkan.
Nilai mata wang telah menurun sebanyak 22% tahun ini.
Pada hari Rabu, kementerian ekonomi Rusia berkata, inflasi tahunan telah melonjak 14.5% pada minggu berakhir 18 Mac – paras tertinggi sejak akhir 2015.
Perkhidmatan Perangkaan Negeri Persekutuan pula berkata, kos gula meningkat sebanyak 37.1% di kawasan tertentu di negara ini dan meningkat secara purata 14%.
Gula, yang biasanya digunakan untuk mengawet makanan atau membuat minuman keras, merekodkan keuntungan terbesar dalam seminggu.
Harga untuk bawang adalah kenaikan kedua terbesar sepanjang minggu, meningkat 13.7% di seluruh negara dan 40.4% di beberapa kawasan.
Sementara itu, harga lampin meningkat 4.4% lebih mahal.
Harga untuk teh hitam pula naik 4% dan kertas tandas meningkat sebanyak 3%.
Stephen Innes, rakan kongsi pengurusan di SPI Asset Management berkata, harga lebih tinggi kerana nilai ruble amat lemah. – BBC (https://www.bbc.com/news/business-60856873)