MGNews : Usul SOSMA: Speaker Umum Jumlah Baharu Selepas Berlaku Kekhilafan Pengiraan

Parlimen petang ini membuat pembetulan keputusan undi belah bahagi usul Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkaitan usul untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, hasil semakan terakhir keputusan itu semalam, pihaknya bersetuju untuk menetapkan undi bersetuju 85, bukan 84 yang diumumkan petang semalam.