KUALA LUMPUR – DAP menyifatkan ramai pemimpin UMNO termasuk presidennya yang mendakwa Memorandum Persefahaman transformasi (MoU) antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) sudah terbatal sebagai agenda parti itu.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, kegagalan pihak kerajaan mendapat sokongan bagi usul pindaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2021 SOSMA semalam, tidak sampai ke tahap Parlimen perlu dibubarkan.
“Kita bagi pihak pembangkang tidak ada rundingan dengan kerajaan berkaitan SOSMA. Hanya baru semalam kita tahu ada usul nak melanjutkan peruntukan itu dalam akta SOSMA.
“Apabila kita menolak usul itu tidak bermakna Akta SOSMA sudah tidak ada. SOSMA masih ada, SOSMA tidak dimansuhkan. Cuma peruntukan untuk menggunakan 28 hari untuk menahan seseorang itu tidak dapat dilanjutkan selepas 31 Julai ini melalui usul itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bacaan kali kedua di Parlimen, hari ini.
Menurut Anthony, sebagai pembangkang, mereka berpegang pada prinsip bahawa ada perkara dasar yang tidak bersetuju dalam perkara SOSMA akan dikatakan tidak bersetuju, tetapi ada perkara setuju, mereka kata setuju.
Berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hilang kepercayaan, beliau berkata, perkara itu tidak berbangkit sama sekali.
“Kalau ada sesiapa pertikaikan konon Ismail Sabri telah hilang kepercayaan, bawalah satu usul kepercayaan di Dewan Rakyat ini, kita akan berkecuali dan pastikan usul itu diluluskan.
“Bagaimanapun, semalam adalah satu kemenangan kepada Parlimen sebenarnya. Ia menunjukkan ukan semua usul yang dibawa oleh eksekutif boleh diluluskan kerana Parlimen bukannya rubber stamp.
“Semalam juga pembangkang tidak jangka kerajaan akan gagal atau kalah dalam usul itu, sebab kerajaan tidak hilang majoriti, kerajaan ada 114 hingga 119 Ahli Parlimen, yang hadir pihak kerajaan 84 sahaja, pembangkang 86 orang,” kata beliau. – MalaysiaGazette
Bubar parlimen laaa..bagi balik.mandat kpd rakyat..ni ahli2 parlimen musibat ni semua menghabiskan duit rakyat..
sampai bila nak.mcm ni…bodoh betul
check hansard tengok list (senarai ahli Parlimen) UMNO sendiri berapa ahli Parlimen tidak hadir sidang menyebabkan usul kerajaan tak jadi lulus.
sandiwara umNONGOK untuk paksa PRU 15 segera…TIDAK LUPA dengan MAINAN KOTOR 15 umNONGOK tarik sokongan /bubarkan dun MELAKA dan JOHOR…HASNI menelan NIKMAT KENCING ZAHID MUNAFIK tidak sanggup utk MERATIB bahawa ISMAIL SABRI GAGAL GAGAL GAGAL