Home Utama Subsidi terbalik: Orang kaya dapat banyak, yang miskin sedikit – Ahmad...

Subsidi terbalik: Orang kaya dapat banyak, yang miskin sedikit – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan petroleum subsidy Dewan Rakyat
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan subsidi bersasar petroleum yang diperkenalkan kerajaan ibarat ‘subsidi terbalik’.

Beliau menjelaskan, kaedah sebenar subsidi sepatutnya orang kaya mendapat sedikit, manakala orang miskin dapat banyak.

“Tetapi kaedah kerajaan ini terbalik, yang mana orang kaya dapat banyak, orang miskin dapat sedikit.

“Saya nak tahu daripada Kementerian Kewangan, berapa peratus kumpulan T20 dapat manfaat dari subsidi ini dan golongan M40 serta B40 pula dapat berapa peratus daripada RM28 bilion subdidi yang diperuntukan,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, bagi mengelakkan ketirisan itu berlaku, kementeriannya telah menubuh dan memperkasakan Multi-Agency Task Force (MATF).

Kata beliau, MATF dipengerusikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Menerusi MATF ini, kita lihat pemberian subsidi ini dari segi perspektif yang holistik dan juga bagaimana ia boleh mengawal untuk memastikan tidak ada ketirisan berlaku di sepanjang sempadan,” katanya. – MalaysiaGazette