Home Nasional Usul pinda Perlembagaan kecualikan nama raja dari daftar pemilih diluluskan

Usul pinda Perlembagaan kecualikan nama raja dari daftar pemilih diluluskan

resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Pindaan Perlembagaan bagi pengecualian Perkara 119 kepada Raja-raja diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah melalui undi belah bahagian.

Pindaan tersebut bagi mengecualikan nama raja dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan serta mana-mana individu lain daripada disenaraikan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi pindaan itu perkara baharu 119A dimasukkan bagi mengecualikan pemakaian Perkara 119.

Dalam undian itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan 181 bersetuju, 39 tidak hadir dan tiada yang tidak bersetuju.

“Jumlah undi semuanya 220, dengan itu RUU ini diluluskan dan akan dibacakan kali kedua,” katanya selepas undi belah bahgian pada siang sidang Dewan Rakyat sesi petang ini.

Dalam undian belah bahagi bagi bacaan kali ketiga pula, keputusan turut memihak kepada kerajaan apabila seramai 178 Ahli Parlimen bersetuju dan 42 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan pindaan itu dipersetujui secara bersama antara semua kerajaan negeri, selain dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 4 Mac lalu dan dibentang serta dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 8 hingga 12 Mac.

Menurut beliau, pendekatan pelaksanaan pindaan itu adalah wajar bagi memastikan Raja-Raja dan sebagainya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. – MalaysiaGazette