Home Nasional Onn Hafiz umum 10 senarai Exco baharu

Onn Hafiz umum 10 senarai Exco baharu

Barisan Exco Johor
JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dilantik hari ini bagi tempoh lima tahun selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengumuman itu dilakukan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap di kediaman rasmi, Saujana, di sini.
Senarai Exco Johor:
Exco Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, perancangan dan Pembangunan Ekonomi – Onn Hafiz Ghazi (Machap)
Exco Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar – Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap)
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai)
Exco Pelacongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya – K Raven Kumar (Tenggaroh)
Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Khairin Nisa Ismail (Serom)
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia – Mohd Hairi Mad Shah (Larkin)
Exco Hal Ehwal Agama Islam – Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).
Exco Kesihatan dan Perpaduan – Ling Tian Soon (Yong Peng)
Exco Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna – Lee Ting Han (Paloh)
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur – Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir)
Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi – Norliza Noh (Johor Lama). -MalaysiaGazette