Home Seni Hidup Aedy lamar Amelia secara terbuka

Aedy lamar Amelia secara terbuka

Aedy Ashraf dan Amelia Henderson pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamarkan pelakon, Amelia Henderson sebagai kekasihnya secara terbuka.

Menerusi sebuah video yang viral di TikTok, Aedy membuat lamaran tersebut di hadapan orang ramai ketika kedua-duanya menjayakan sebuah acara malam tadi.

“Amelia Henderson… sudikah awak menjadi kekasih saya” ucapnya sambil melutut ketika membuat lamaran.

Amelia yang dilihat seperti terkejut dengan lamaran berkenaan hanya menjawab yes sehingga mendapat sorakan pengunjung.

Mereka pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

Sementara itu, Aedy menjelaskan dia telah menunggu selama dua tahun untuk melamar Amelia menjadi kekasihnya.

Sebelum ini, Amelia pernah membuat kenyataan bahawa hubungan dia dan Aedy sememangnya baik dan selalu dilihat bersama atas dasar kerja. – MalaysiaGazette