Home Seni Hidup Wajah Aina Abdul hiasi Times Square

Wajah Aina Abdul hiasi Times Square

Foto Instagram Aina Abdul.

KUALA LUMPUR – Wajah penyanyi Aina Abdul kini menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Aina, 28, atau nama sebenarnya Nur Aina Abdul Ghani dipilih bagi menjayakan kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify itu dan menyifatkan ia perkara yang membanggakan.

Kejayaan itu adalah berikutan kerjasama bersama syarikat pengedarannya Believe Music.

“Bermula dengan lagu Reminiscing, Shadow, semuanya diedarkan oleh Believe Music. Jadi bersama Believe Music, saya pun turut terpanggil untuk membabitkan diri menerusi kempen Equal.

“Saya dipanggil untuk isi borang dan sebagainya dan Alhamdulillah, akhirnya saya dipilih bulan ini sebagai salah seorang duta untuk kempen Spotify.

“Jadi saya sangat bersyukur sebab berasakan kempen ini, sangat baik kerana ia dapat mengetengahkan bakat wanita di dalam bidang muzik terutama dari Asia,” katanya yang memuatnaik wajah gambarnya yang kini menghiasi papan iklan digital gergasi di Instagram miliknya.

Menurut Aina, pemilihannya itu adalah pendedahan yang baik untuk dia dan muziknya dikenali di sekitar dunia.

Dalam perkembangan lain, Aina baharu muncul dengan lagu kerohanian berjudul CahayaMu, Jumaat lalu.  – MalaysiaGazette