KUALA LUMPUR – Video Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencuri perhatian menerusi aksi bertenaganya dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak pada kejohanan Piala Ketua Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah.
Walaupun memiliki tubuh agak gempal, Sanusi yang berusia 48 tahun jelas masih mampu memberikan impak besar di atas dengan kelincahan di samping percubaan yang menarik.
Dalam satu perlawanan persahabatan sembilan sebelah antara pasukan Veteran Menteri Besar menentang Veteran Polis, Sanusi berjaya menjaringkan satu gol dan dua percubaannya yang terkena tiang gol dan palang.
Sanusi yang ketika ini merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) dikenali antara pemimpin yang meminat sukan bola sepak. – MalaysiaGazette
VIDEO BERKAITAN:
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 28, 2022