Home Seni Hidup APMM anjur pertandingan menembak hargai peranan media

APMM anjur pertandingan menembak hargai peranan media

Abd Razak (tengah) bergambar bersama pihak media sebaik selesai pertandingan Menembak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di Lapang Sasar Sungai Dua di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Lima puluh peserta termasuk wakil media negeri ini berentap pada pertandingan Menembak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di Lapang Sasar Sungai Dua, di sini, hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed.

Berucap pada majlis tersebut, Abd Razak berkata, acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara APMM dan agensi media yang sentiasa membawakan berita mengenai kejayaan APMM.

Abd Razak.

“Kami di APMM sentiasa menghargai komitmen dan kerja keras yang dilakukan oleh media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat  mengenai kegiatan APMM,” katanya.

Pada majlis itu, tiga kategori dipertandingkan selama enam jam itu iaitu Pricision, Rapid Fire dan Falling Plate.

Pihak media masing-masing dibekalkan 30 butir peluru untuk kegunaan senjata api jenis Glock 19 dengan bantuan APMM bagi kesemua acara tersebut.

Tambah Abd Razak, latihan menembak itu juga  secara tidak langsung dapat mengcungkil bakat-bakat baru dalam kalangan warga APMM Pulau Pinang. – MalaysiaGazette