Home Nasional Dewan Negara edar direktori sejarah, senarai nama ADN

Dewan Negara edar direktori sejarah, senarai nama ADN

Tan Sri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini mengedarkan direktori yang mengandungi asas sejarah dan petua lampau, selain nama serta butiran peribadi Ahli-Ahli Dewan Negara (ADN) sejak ditubuhkan.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sr Dr. Rais Yatim memaklumkan, dengan siapnya direktori itu, Dewan Negara telah maju setapak lagi ke arah penentuan individu dan sahabat serta rakan yang berkhidmat sebagai ADN.

“Sebuah direktori ADN dan bentuk buku berkulit keras telah diedar kepada semua Anggota Dewan Negara.

“Buku ini mengandungi asas-asas sejarah juga petua-petua lampau, selain daripada nama dan butiran peribadi ADN.

“Semoga dengan diedarnya buku ini, maka dapatlah kita setapak lagi ke arah penentuan individu dan sahabat serta rakan-rakan yang berkhidmat di Dewan Negara,” katanya ketika memulakan sesi persidangan di Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, tentu sekali direktori itu menjadi sejarah kepada semua ADN dan bekas ADN berikutan butiran serta rekod tertentu dirakamkan dalam buku berkenaan.

Selain itu, kata beliau, seharusnya bagi ADN dan bekas ADN yang belum sempat nama mereka dimasukkan dalam buku ini, akan diperincikan dalam edisi kedua nanti.

“Dengan itu, sukacita bagi pihak pentadbiran Parlimen khasnya Setiausaha Dewan Negara, kita mempersembahkan buku ini untuk tatapan rekod dan simpanan ADN semua,” katanya. – MalaysiaGazette