Home Nasional Dewan Rakyat minta Dewan Negara setuju empat RUU yang diluluskan

Dewan Rakyat minta Dewan Negara setuju empat RUU yang diluluskan

Dewan Negara bersidang dari 21 hingga 31 Mac ini diminta bersetuju empat RUU yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat meminta untuk mempersetujui Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas (2022) yang bersidang pada 28 Februari hingga 24 Mac lalu.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr, Rais Yatim berkata, empat RUU iaitu RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022, RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2022, RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 dan RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022.

Menurut beliau, menerusi perutusan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta Dewan Negara mempersetujui empat RUU itu.

Selepas Setiausaha Dewan Negara membaca perutusan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Mohamed @ Hashim bangun memaklumkan kepada dewan, supaya RUU dalam perutusan itu dibacakan kali kedua dan ketiganya pada mesyuarat itu. – MalaysiaGazette