Home Nasional Dorong syarikat isteri dilantik sub kontraktor, SPRM tahan bekas pengurus

Dorong syarikat isteri dilantik sub kontraktor, SPRM tahan bekas pengurus

sprm

KUALA LUMPUR- Bekas pengurus syarikat pengangkutan berkaitan kerajaan (GLC) ditahan kerana dipercayai menggunakan jawatannya menyokong sebuah syarikat yang dilantik melakukan kerja-kerja mengangkut bahan mentah komoditi.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada Ogos 2019 sebagai balasan membantu syarikat milik isterinya untuk dilantik sebagai sub kontraktor pengangkutan di bawah syarikatnya membabitkan nilai kerja keseluruhan kira-kira RM80,000.

Menurut sumber lagi, suspek yang kini bertugas sebagai pengurus di syarikat milik isterinya ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan dalam masa yang sama memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah  Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam Selangor pada jam 8.30 pagi esok untuk tujuan pertuduhan.-MalaysiaGazette