Home Sukan Kanada layak Piala Dunia selepas 36 tahun

Kanada layak Piala Dunia selepas 36 tahun

Kanada menang 4-0 sekali gus menempah tempat ke Piala Dunia Qatar pada November ini. Foto TheScore.com.

TORONTO – Selepas menunggu 36 tahun, Kanada layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Jamaica 4-0, sekali gus menempah tiket ke Qatar.

Kanada yang beraksi di laman sendiri berjaya menggembirakan 30,000 penyokongnya di BMO Field awal pagi ini selepas gagal meraih tempat lebih awal apabila tewas 0-1 kepada Costa Rica pada Khamis lalu.

Cyle Larin dan Tajon Buchanan muncul wira apabila meledak gol pada babak pertama dan Junior Hoilett menambah satu lagi gol selepas rehat dengan jaringan sendiri, Adrian Mariappa, melengkapkan malam indah buat tuan rumah.

Kanada akan beraksi di Piala Dunia pertama kali sejak 1986 di Mexico yang mana pasukan itu tewas kesemua tiga perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Berbaki satu lagi pusingan kelayakan, Kanada berada di kedudukan teratas kumpulan CONCACAF dengan 28 mata, enam di depan Amerika Syarikat yang akan bermain hari ini untuk memastikan tempat ke Qatar.