Home Rencana Di sini pengalaman pertama (Cintaku tertinggal di Istanbul)

Di sini pengalaman pertama (Cintaku tertinggal di Istanbul)

Pemakaman Artatuk yang menjadi simbol pemodenan dan kebanggaan rakyat Turki sehingga kini.

PADA Isnin 6 Februari 2022, kami dibawa ke Ankara Castle (Kota Ankara) yang dibina pada kurun ke-7 sebelum Masihi (SM) oleh Phrygians.

Ia kemudian dibina semula pada 278 SM oleh Galatians sebelum dinaiktaraf semula di bawah Empayar Rom, Byzantine, Seljuk, dan Ottoman.

Ankara Castle yang ditinggalkan oleh empayar Rom masih menjadi kunjungan ramai di Turki.

Selesai lawatan di Ankara Castle, kami kemudian bergerak ke Anıtkabir, kompleks pemakaman yang menempatkan negarawan utama Turki, Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai Bapa Turki Moden.

Ataturk merupakan presiden pertama Turki selepas tumbangnya kerajaan Othmaniyyah yang memerintah negara itu selama hampir 600 tahun sebelum empayarnya tumbang.

Ketakjuban melihat bangunan pemakaman dan bagaimana tebalnya semangat yang diserapkan ke dalam jiwa rakyat negara itu.

Kamalism menjadi bukan sahaja menjadi teras politik Turki moden, tetapi identiti sekular yang dipegangnya menjadikan Kamal Ataturk sebagai ‘Hero Sepanjang Zaman’.

Lebih 80 tahun kematiannya, jasad Artatuk yang dikatakan diawet dan disemadi masih menjadi tarikan jutaan rakyat Turki untuk dikunjungi.

Pemakaman Artatauk yang dikatakan jasadnya disemadikan di bawahnya pada kedalaman 12 kaki.

Justeru falsafah beliau yang ditinggalkan untuk membina generai masa depan dan membangunkan negara masih menjadi pegangan dan pedoman hidup rakyat Turki.

Kedudukan sebenar makam Artatuk berada pada kedalaman 12 kaki dan dikawal rapi oleh tentera sejak dibuka untuk kunjungan umum.

Sebagai pengisian, teks ucapan amanat khas beliau kepada generasi muda untuk sentiasa bangkit mempertahankan dan melindungi negara dari ancaman musuh diukir pada dinding bangunan emas yang dibina dengan konkrit dan marmar kuning dan disiapkan untuk kunjungan awam pada 1 September 1953.

Amanat penting Artatuk yang terpahat di dinding untuk tatapan generasi muda bagi mempertahankan negara Turki.

Dalam bangunan yang sama turut dipamerkan barang-barang peribadi beliau termasuk pelbagai anugerah yang diterima sepanjang menjadi presiden Turki dari tahun 1923 hingga 1938 antaranya, pedang Samurai yang diterima dari Maharaja Jepun, kereta rasmi beliau yang direka dan dimport khas dari United Kingdom pada 1935 serta uniform ketenteraan pertama.

Dari situ, kami beredar ke Cumhurbaşkanlığı Millet Kütüphanesi atau Perpustakaan Kebangsaan yang didirikan oleh Presiden Recep Tayyib Erdogan pada 20 Februari 2020 di Kompleks Presidensi.

Ia menempatkan lebih 120 juta koleksi naskah berbentuk laporan, kesusasteraan, ilmiah, jurnal, bahan karya belia, kanak-kanak dan juga bahan manuskrip yang dihasilkan tokoh dan cendekiawan di Turki.

Perpustakaan Kebangsaan Turkiye yang menempatkan lebih 120 juta karya untuk tatapan percuma kepada rakyat Turki sehingga kini.

Justeru keseluruhan reka bentuk dalaman perpustakaan mewah itu kelihatan seolah sebuah Opera House terkemuka di Rom, Itali iaitu The Teatro dell’Opera di Roma yang digunakan untuk seni pementasan dan kebudayaan.

Keturajaan tidak terkata.

Berada di Ankara tidak terasa kepenatan walaupun menempuh berbelas- belas jam perjalanan.

Sebagai ibu kota Turki segala pusat pentadbiran kerajaan Turki berpiagam di sini termasuklah Ibu Pejabat Angkatan Tentera Turki, Kementerian Kewangan dan sebagainya dengan beberapa pusat membeli belah gergasi antaranya Armada Shopping Mall dan Next Level.

Tirainya berlabuh seketika.

Delegasi media Malaysia bersama Presiden SSB di ibu pejabatnya semasa lawatan kerja ke Turki dengan berlatarbelakangkan foto Artatuk.

Bermula Isnin sehingga ke tengahari Khamis 10 Februari 2022 jadual padat dengan program bersama Presidency of Defence Industries (SSB) sebuah institusi awam diketuai presidennya Ismail Demir yang diwujudkan kerajaan Turki untuk menguruskan industri pertahanan Turki dan mengeluarkan teknologi ketenteraan yang ditubuhkan pada 7 November 1985 di bawah Pejabat Presiden Turki.

Di bawah naungan SSB beberapa anak syarikat berpiagam yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan teknologi dan peralatan ketenteraan untuk Turki dan juga di peringkat antarabangsa.

Turkish Aerospace Industries Inc (TUSAŞ-TAI), Havelsan, Aselsan, Roketsan dan Defence Technologies Engineering and Trade Inc (STM) yang mana kami telah dibawa bertemu dengan barisan pegawai dan pengurusan tertinggi mereka.

Disebalik kesibukan harian dengan perjumpaan dan sesi taklimat kesemua lima syarikat pemain industri pertahanan Turki itu, kami dapat menimba ilmu mengenai kemajuan teknologi pertahanan Turki.

Sekitar jam 8 malam kami telah dibawa untuk menjamu makan malam di sebuah restoran makanan tradisional Turki di Ankara.

Terletak kira-kira 22 kilometer daripada ibu kota Ankara dengan mengambil perjalanan kira-kira 25 minit, kami tiba ke sebuah restoran yang diwujudkan sejak tahun 1975 yang tidak pernah mengubah citarasanya iaitu meşhur tavacı recep usta kebanyakannya menu kebap dan nasi kambing Kaburga Dolmasi yang sangat popular.

Menu tradisional Turki di sebuah restoran bernama Recepusta yang terkenal di Ankara .

Menjamu selera dengan team pengurusan tertinggi Turkish Aerospace dengan suasana hiasan lampu yang menarik, selain ditemani sepasang swan putih di kolam hiasan di dalam restoran itu mencuri tumpuan ramai.

Selesai urusan di Ankara pada hari Khamis dengan Turkish Aerospace, kami mula mengemas barang dan mendaftar keluar Hotel Movenpick seterusnya menuju ke Lapangan Terbang Ankara untuk terbang ke Istanbul pukul 2.50 petang.

Penat tetap penat dengan lambakan beg tangan dan cenderahati daripada kesemua syarikat perindustrian pertahanan Turki namun perjalanan kami diteruskan dengan membawa bersama persahabatan bermakna para pegawai tertinggi perindustrian pertahanan Turki dengan memikirkan mengenai Istanbul yang dianggap ‘syurga’ pelancongan dunia.  – MalaysiaGazette

Bersambung…

ARTIKEL BERKAITAN:

Cintaku tertinggal di Istanbul!