Home Politik KWSP: FB Najib dilimpahi ucapan terima kasih

KWSP: FB Najib dilimpahi ucapan terima kasih

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Ruang komen Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilimpahi ucapan terima kasih selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran bermula 1 April ini.

Selain Najib turut menerima ucapan terima kasih adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Alhamdulilah Syukur. Terima kasih banyak Datuk Seri Najib, Datuk Ashraf Wajdi dan semua yang turut sama banyak membantu dalam urusan pengeluaran RM10,000 one off ini. Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat semua,” kata Hasmuni Md. Yasin.

“Alhamdulillah. Terima kasih DSNR. Journey yang penuh caci maki hina untuk DSNR. 10k mungkin celah gigi untuk setengah-setengah rakyat tapi sangat besar makna untuk yang benar-benar perlu,” komen Lilu Noryatie Roslie.

“Assalamualaikum Datuk Seri. Terima-kasih banyak suarakan apa yang rakyat mahukan. Syukur alhamdulillah. Kami semua boleh keluarkan duit dari KWSP untuk kali terakhir. Semoga Allah SWT membalas jasa baik,” doa Muhammad Yahya Yahya.

“Walaupun mohon Bantuan Keluarga Malaysia dapat status tak lulus pasal syarat-syarat ketat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Alhamdulillah kita masih ada KWSP untuk meneruskan kelangsungan hidup,” kata Jamaludin Dins.

“Terima kasih banyak-banyak. Jasa Datuk dan UMNO akan kami balas menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti insya-Allah,” janji Mohd. Firdhaus Mat Daud.

“Alhamdulillah. Boleh selesaikan hutang tertunggak. Beli sikit perabot yang rosak banjir baru-baru ni,” kata Siafful Baharri.

Tq bossku sebab konsisten memperjuangkan permintaan kami. Walaupun perit sebab kena guna duit simpanan sendiri tapi apakan daya inilah punca tercepat yang ada untuk rakyat yang memerlukan tambahan kewangan segera di kala pandemik ni,” rintih Johney Remy.

Najib dan Asyraf Wajdi merupakan antara individu yang kuat menggesa Kerajaan supaya membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000.

Gesaan itu dibuat selepas ramai yang merayu supaya simpanan dalam KWSP boleh dikeluarkan kerana kesempitan wang akibat pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Kenyataan itu memaklumkan, pencarum boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.-MalaysiaGazette