Home MGNews MGNews: Dipenjara Sehari Kerana Bantu Isteri Dapat Kontrak

MGNews: Dipenjara Sehari Kerana Bantu Isteri Dapat Kontrak

Bekas pengurus syarikat pengangkutan dipenjara sehari dan didenda RM20,000 atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi membantu syarikat milik isterinya mendapatkan kerja-kerja pengangkutan berjumlah RM80,000 antara 2019 hingga 2020.

Tertuduh, Wan Kamarulbahri Wan Roslan, 37 tahun, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.