Home Nasional Penjawat awam antara 3 direman kes minta suapan RM2,500 sebulan

Penjawat awam antara 3 direman kes minta suapan RM2,500 sebulan

Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan di Negeri Sembilan dipercayai meminta dan menerima suapan RM300 hingga RM2,500 sebulan.

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan di Negeri Sembilan dipercayai meminta dan menerima suapan RM300 hingga RM2,500 sebulan.

Suapan itu diterima atas balasan tidak mengenakan tindakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua suspek yang ditahan petang semalam termasuk seorang wanita berumur 28 hingga 38 tahun di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap dua suspek lelaki dan tiga hari terhadap suspek wanita bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Tuan Syed Farid Bin Syed Ali di Mahkamah Khas Reman Seremban, Negeri Sembilan.

Jelas sumber, suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM300.00 hingga RM2,500.00 sebulan antara tahun 2016 hingga tahun 2021 daripada pemilik syarikat dan individu melalui orang tengah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette