Home Nasional UiTM dinobat printis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus

UiTM dinobat printis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus

PAS logo Melaka state election Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama dinobat sebagai perintis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam masa yang sama beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter sebagai tanda sokongan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

“Semua warga UiTM disyorkan menyertai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan memanfaatkan platform ini dengan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 dan Majlis Penutupan Program ‘Sustain The World Virtual Camp 2022’.

Dalam masa sama Tuan Ibrahim berkata, KASA akan mengadakan kerjasama dengan pihak UiTM berkaitan dengan usaha melestarikan alam sekitar.

“Saya difahamkan MoU tersebut telah disemak di peringkat KASA dan akan dipersetujui kelak oleh UiTM. Saya amat berharap agar ia akan ditandatangani dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yakin bahawa program Sustain The World Virtual Camp 2022’ boleh menggaral sinergi pintar dalam merintis kejayaan yang besar dalam melestarikan alam sekitar.

Ujar beliau, program berkenaan merupakan platform untuk membincangkan topik semasa dan usaha yang boleh dilakukan oleh generasi muda untuk melestarikan alam sekitar.

“Tiada lain tujuannya adalah untuk membudayakan gaya hidup lestari, mengadvokasi idea bernas bagi menambah baik polisi semasa,” tambahnya. – MalaysiaGazette