Home Nasional Khairy bentang isu pemilikan MySejahtera di Dewan Negara esok

Khairy bentang isu pemilikan MySejahtera di Dewan Negara esok

Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a news conference after attending the Closing Ceremony of the National Weight Management Programme and the launch of World Day for Physical Activity 2022 at the Ministry of Health in Putrajaya. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 30 MARCH 2022. MySejahtera check-in
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuktamadkan rundingan dengan syarikat swasta berhubung isu pemilikan aplikasi MySejahtera dalam tempoh kurang sebulan ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini ia masih dalam proses rundingan dengan syarikat swasta yang mengendalikan platform perisian aplikasi itu.

Bagaimana, beliau kekal menegaskan pemilikan data dalam MySejahtera di bawah KKM.

“Dari segi platform ‘software’ (perisian) dikendalikan oleh syarikat, jadi sekarang ini kita nak muktamadkan dalam kontrak

“Data itu akan disimpan dalam ‘server’ (pelayan) yang selamat, ‘server’ kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan dan Pelancaran World Physical Activity Day 2022 di kementeriannya, di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) bersesi gambar bersama peserta pada Majlis Penutup Program Pengerusan Berat Badan Kebangsaan dan Pelancaran Hari Aktiviti Fizikal Sedunia 2022 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 MAC 2022.

Khairy menambah, rundingan itu akan mengambil sedikit masa kerana ia agak teknikal namun menjangkakan diselesaikan dalam masa terdekat.

Khairy juga akan membentangkan isu pemilikan MySejahtera di Dewan Negara esok. – MalaysiaGazette