
KUANTAN _ Polis menahan lima individu, termasuk seorang lelaki warga asing, kerana dipercayai terlibat dalam sindiket judi yang berselindung di sebalik kedai runcit dan kolam memancing udang di Sungai Isap, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil risikan mendapati beberapa premis dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen serta penjualan tiket judi atas talian
“Nilai jualan sehari bagi judi loteri awam tanpa lesen adalah dianggarkan sebanyak RM200 hingga RM500 bagi nombor ekor manakala judi atas talian pula menjangkau RM1,000 hingga RM3000 sehari,” katanya

Tambah beliau, pihaknya memohon untuk diambil tindakan pemotongan elektrik terhadap premis yang dijadikan tempat penjualan nombor loteri awam tanpa lesen dan juga penjualan tiket judi atas talian.
Menurut Wan Mohd Zahari, seramai dua pegawai dan lapan anggota menyertai operasi bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemotongan elektrik ke atas tujuh premis perjudian yang dilakukan di bawah Seksyen 21 A (1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Tambah beliau, dalam operasi itu pihaknya komputer riba, telefon bimbit, tablet, modem dan wang tunai berjumlah RM1,553. – MalaysiaGazette