Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata semua maklumat peribadi dalam MySejahtera akan disimpan dalam server kerajaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai menghadiri Majlis Penutup Program Pengerusan Berat Badan Kebangsaan dan Pelancaran Hari Aktiviti Fizikal Sedunia 2022 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.