Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbincangan beliau dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly mengenai projek kapal tempur pesisir pantai (Projek LCS) berterusan.
Bagaimanapun yang penting bagi kerajaan adalah menentukan hala tuju mengenai isu itu.
Katanya, jemaah menteri telah tiga kali membincangkan perkara itu.