KUALA LUMPUR – Jalinan kerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam pembangunan sektor agrikomoditi membuka peluang kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) terlibat secara tidak langsung sebagai persediaan kepada mereka yang ingin bersara.
Malah ia sekaligus mendukung Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) yang dilancarkan sebelum ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
“Sementara itu, kerjasama dengan Capital A Berhad pula memberi manfaat berganda kepada seluruh warga PDRM untuk menikmati tawaran harga istimewa dan eksklusif dengan penerbangan tanpa had.
“Pastinya, tawaran ini mampu menarik minat warga Pasukan, khususnya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang jauh serta mereka yang gemar melancong,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KOP Mantap Berhad bersama KPPK dan Capital A Berthad di sini hari ini.
Arcyl Sani amat berbangga dengan kesungguhan KOP Mantap Berhad memanfaatkan sinergi antara kerajaan dan sektor swasta yang diyakini dapat membuka laluan kepada pertumbuhan kemajuan koperasi yang berdaya saing serta mampan.
Jelasnya, kolaborasi sebegitu mampu melonjakkan lagi sektor pelaburan koperasi, mengukuhkan lagi kedudukan KPDRM, seterusnya mengukir lebih banyak kejayaan pada tahun ini.
KOP Mantap Berhad anak syarikat milik PDRM Berhad (KPDRM) menjalinkan ketjasama strategik bersama dua lagi pihak iaitu KPPK dan syarikat mega Capital A Berhad.
Kolaborasi strategik bersama kedua-dua entiti itu adalah bagi membuka peluang kepada KOP Mantap Berhad menembusi sektor Agrikomoditi (penanaman, penjualan, pemasaran, eksport dan latihan) bagi menrancakkan kembali industri penerbangan dan digital negara. – MalaysiaGazette