KUALA LUMPUR – Menjelang Ramadan ini, jenama popular, MINAZ Hijab terus memperkasa pengaruhnya dengan memperkenalkan Nelydia Senrose dan wanita mualaf, Ayana Jihye Moon sebagai wajah kempen MINAZ Blooming Raya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Datuk Abd Hamid berkata, koleksi keempat selepas menampilkan Nora Danish dan Kilafairy itu akan dilancarkan di www.minaz.com.my hari ini.
Menurut beliau, pemilihan kedua-dua personaliti itu kerana mereka mempunyai pesona tersendiri.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
āSeperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya.
“Ayana pula bergelar mualaf sejak usia muda. Kisahnya sendiri telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. Kami ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, Hafiza yang lebih dikebali Pija MINAZ berkata, syarikat terus komitedĀ berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan dari rumah mendepani era pandemik menuju endemik.
Kata beliau, tahun ini jenama itu mahu membantu lebih 4,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia mencapai misi berkenaan.
Malah ujar beliau, jenama itu menyasarkan lima individu yang bakal menjadi jutawan hijab menjelang hujung tahun ini.
“Kami juga yakin sasaran jualan dua juta helai tudung itu dapat dijual tahun ini dengan misi mahu membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan.
“Pada masa sama, kami mahu berkongsi rezeki dengan tajaan pakej umrah tahun depan buat ejen dan stokis yang mencapai sasaran jualan ditetapkan tahun ini.
“Kami juga dalam masa sama sedang mengisi kekosongan stokis di tiga buah negeri iaitu di Melaka, Perlis dan Sarawak. Yang berminat boleh hubungi 017-6264858,” katanya.
Jenama yang diperkenalkan Ogos tahun lalu itu sudah menambat hati ramai penggemar bawal kain kapas.
Namun secara keseluruhan jenama tunggak, MINAZ sudah genap 12 tahun pada 2022.
“Fabrik kapas klasik voile amat eksklusif, berkualiti tinggi dan antara terbaik yang kami pernah pasarkan.
“Ia juga bawal mudah bentuk dan paling utama ia dijual pada harga mampu milik serendah RM29.
“Tempoh 12 tahun bukan sesuatu yang mudah untuk mencuri perhatian ramai. Liku-liku hidup dilalui hingga pernah rasa ingin mengalah. Namun keyakinan datang dengan semangat positif,” kata Hafiza. – MalaysiaGazette