Home Nasional Persiapan Ramadan kembali normal menjelang peralihan endemik

Persiapan Ramadan kembali normal menjelang peralihan endemik

Orang awam membuat persediaan membeli belah untuk menyambut Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 31 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Kurang tiga hari dari sekarang umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Kemeriahan bulan puasa kali ini cukup berbeza berbanding dua tahun sebelum ini kerana negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali ini, Ramadan kali ini lebih bermakna buat umat Islam apabila rukun Islam itu dapat dilaksanakan lebih sempurna dan meriah dalam fasa  endemik bermula esok.

Orang awam membuat persiapan membeli belah untuk menyambut Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 31 MAC 2022.

Tinjauan MalaysiaGazette sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) hari ini mendapati orang ramai mula kelihatan mula membanjiri pusat beli-belah bagi membuat persediaan menyambut Ramadan walaupun hari bekerja.

Orang ramai mengambil peluang untuk membeli beberapa barang keperluan sama ada pakaian, makanan, kurma mahu pun bahan bacaan agama sebagai persediaan menjelang Ramadan.

Orang awam membuat persiapan membeli belah untuk menyambut Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 31 MAC 2022.

Gerai dan khemah bazar Ramadan hanya akan mula didirikan di Lorong TAR bermula Ahad ini dan lazimnya pada awal Ramadan kehadiran pengunjung tidak begitu ramai.

Namun ramai menjangka kehadiran pengunjung bertambah sebaik sahaja negara beralih fasa dari pandemik kepada endemik yang berkuasa kuasa 1 April ini.

Izzura , 37 membungkus buah kurma yang dibeli oleh pelangganya sebagai persiapan bagi menyambut bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. Foto MUHD NA’IM. 31 MAC 2022.

Meskipun bazar Ramadan belum bermula namun kunjungan orang ramai ke pasar malam Lorong TAR sejak pukul 5.30 petang tadi seolah-olah kembali normal.

Tidak lagi ‘ketakutan’ melampau terhadap penularan Covid-19 susulan tahap imunisasi rakyat Malaysia sudah lengkap berbanding dua tahun sebelum ini.

Orang awam membuat persiapan membeli belah untuk menyambut Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 31 MAC 2022.

Suasana pasar malam Lorong TAR juga kini jauh berbeza di mana tiada lagi nombor giliran diberikan dan tiada lagi pagar penghalang mengelilingi tapak perniagaan penjaja kecil berkenaan. – MalaysiaGazette