Home Politik Pengambilalihan 4 lebuh raya tak sama dengan rancangan PH – Najib

Pengambilalihan 4 lebuh raya tak sama dengan rancangan PH – Najib

cash aid M40 B40 Najib Razak Anwar Ibrahim Sapura Energy debate 1MDB debt
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membidas Pakatan Harapan (PH) yang mengambil kredit terhadap usaha kerajaan mengambil alih empat lebuh raya bertol.

“Tak sama, PH. Korang fikir Malaysians mudah lupa?,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bekas perdana menteri itu berkata, rancangan mengambil alih empat lebuh raya tersebut untuk mengekalkan kadar tol tanpa kenaikan sehingga tamatnya tempoh konsesi.

Sebaliknya, rancangan Kerajaan PH dahulu pula mahu mengambil lebuh-lebuh raya tersebut dan selepas itu menawarkan tol percuma pada tengah malam dan mengenakan ‘caj kesesakan’ pada siang hari dengan kadar tol yang sama.

Malah selepas konsesi tol tamat, Kerajaan PH merancang untuk terus mengutip caj kesesakan itu buat selama-lamanya.

Katanya, janji tol percuma PH sebenarnya telah menjadi toll forever.

Tambah Najib, selain empat lebuh raya bandar ini yang menjadi tol percuma, PH juga telah gandakan baki tempoh konsesi bagi lebuh raya milik PLUS 18 tahun lagi kepada 38 tahun.

Sepatutnya, tempoh konsesi PLUS yang tamat pada 2038 tetapi kini dilanjutkan ke tahun 2058 oleh PH, ujarnya

”Kenapa perlu toll forever pula?

”Sebab harga yang kerajaan PH cadang untuk bayar bagi 4 lebuh raya tersebut ialah sekitar RM6.2 bilion. Iaitu terlampau mahal mengikut penganalisis – pada harga 2.7 kali ganda nilai buku dengan premium sebanyak RM2.82 bilion,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kadar di empat tol Lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi.

Berikutan pengumuman itu, PH hari ini mendakwa langkah tersebut merupakan  kesinambungan usaha Kerajaan PH pada 2019 apabila Kabinet memutuskan untuk mengambil alih  lebuh raya terbabit. – MalaysiaGazette

Kadar tol empat syarikat konsesi tidak dinaikkan – PM